Tuesday, December 20, 2011

My Little Domok (^^,)

Hari ni pagi2 lagi aku dah 'bernyawa' semata-mata kerana seekor kucing. Nasib baik comel, kalau tak xde mknanya nak bangun awal-awal. (^^,)


My name is DOMOK

Gmba ni bukan gamba original Domok tp mcm ni la rupa Domok. Yg bezanya warna Domok wana grey keputihan, kaki dia full putih mcm pkai stokin. (^^,)
and bulu dia kembang. Aku tak amek gmba dia sebab aku takut dia hilang (berdasarkan pengalaman).

Pagi2 lagi aku dah mandikan dia sbab nak bwak dia pergi klinik. Telinga dia kena kurap. Takut merebak satu badan je and nak 'sunat'kan dia sekali. Jangan ingat orang je ada sunat-menyunat nih, kucing pun ade eh. Dalam erti kata lain memandulkan kucing la. Nanti kucing tu boleh jd gemuk.

Sampai2 je klinik tuh, ade kucing Siam ni, dia sakit buah pinggang. Kesian giler. Dekat kemaluan (bahasa sopan) dia, keluar darah. Lepas tu, ada dua ekor kucing dlm sgkar dah nazak dah sebab kena virus. Kucing Parsi tau. Cantik sangat!! tapi dah terbaring dah, tinggal tunggu maut je. Kalau aku yg jd tuan kucing2 tu, aku dah nangis dah. Aku yg tgah pegang Domok dlm sangkar ni tercengang tgok kucing2 tu. Lepas tu, veterinar tu cakap jgn bagi kucing lain dkat dgn kucing bervirus tu, takut berjangkit.

Sampi turn Domok, he was well-behaved. Dia diam je. Tak mcm kucing2 aku sblum ni, mau melompat lari kalau bwk pegi klinik. (*,*) Domok kena dua injections, first2 tu injection untuk hilangkan kurap dia, tak sakit kut sbb dia relax ag. Yg second tu injection untuk vitamin. Dah elok dia landing 'baik punya', kena je inject vitamin tu dia terus bangun nak lari. Aku pujuk dia suruh cool down, dia diam balik. TERROR tak aku?? haha. Kalau nak tahu vitamin's injection pling sakit. Sakit mcm mane tu tak tau lah.. (^^,)

Then, time abah aku ckap nak 'sunat'kan dia, veterinar tu ckap cmni,

"Eh, buah dia kecik lagi lah. Tak boleh sunat ni. Bagi dia besar lagi sikit. Sebulan lagi awak dtg balik sini lah. Baru boleh sunat."

Nak gelak pun ade. Actually, boleh je tp pnjagaan dia rumit sikit. Lgpun dia baru lpas kena inject. Takut antibodi dia tak kuat. Plus, bulu kat bontot dia pnjg2 mnyebabkan dia punye buah tu tenggelam. (tak lucah kan? pasal kucing shj..jgn fikir benda lain.) Memandulkan kucing betina lg mahal dr kucing jantan sbb kucing betina kena operate.

Mase otw balik, dalam kereta dia diam je. Sakit lagi kut. Lepas tu dia tido. Sampai je rumah, terus active balik. Tapi lepas makan, Domok tidur balik dlm rumah dia. Penatnya.

Harap2 takde ape2 effect kat dia sbab kucing2 sblum ni tak tahan injection dan akhirnya masuk tanah blakang rumah. Whhoooaa!!

Ni kucing mak aku. Hitam itu MENAWAN~

Saturday, December 17, 2011

Ibuku Seorang Pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak perempuan dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Moral: Luahkanlah rasa kasih dan sayang kepada ibu kita, semasa ibu kita masih hidup. Ini mungkin agak ganjil dilakukan oleh kita. Ini mungkin kerana budaya Timur, tetapi untuk orang Barat meluahkan kasih sayang terhadap ibu atau bapa, isteri atau suami dan anak adalah perkara biasa bagi mereka (mengikut pengalaman sendiri).

Wednesday, December 14, 2011

Miss de Gurlzz ^^

RINDUNYA dekat budak2 nih.. Dah lame tak jumpe. Harap2 dpt jumpe lg taon dpn, ye. Selalu call n text saje, da lame tak tgok muka korg LIVE. Dah lain ke??haha..xkan la kan?? Sikit2 lah kut.. Slalu duduk sensorg kat rumah teringat plak dkat prangai korg yg ntah pape tu..

NAZMIN EMANI :)

Dia comel kan tapi dia dah ade yg punye. Aku suka kacau dia tgah2ari tp dia suka kacau aku malam2.. OTP la, ape lg ^^ . Slalu jgak text dia dan mngarut pasal tu dan pasal ni.. Haritu berangan pasal PIXIE, lpas ni xtau la pasal ape. Dia suke nyanyi, tp lirik semua SDN BHD. Slalu buat kitorg gelak bile dia start nyanyi. Tangan dia pun mcm ketam. Kalau kena cubit dgan dia konfem lebam, tp dia tak kesah pun. Lepas cubit buat muka slumber jek. And the memory in UniKL really makes me reminds u a lot!!!


NOOR SYUHADA :)

Syud sgt sempoi dan klakar. Dia tak buat lawak pun tp ape yg dia buat boleh buat orang ketawa. She's good and talented in acting and singing. Yg unik pasal dia nih, em.. time org tgah makan mesty dia muncul dan buat muka mcm 10 tahun tak makan. haha..lawak betol.. konfem2 la dpt join sekaki..da abes makan mesti dia lesap.. ape2pun, syud baik dan setia..

Peristiwa mencari siapa pemain WD :D Teringat peristiwa ni, konfem gelak ^^


WAN NUR HAZWANI (^^)

Satu2nye kaum pe*** yg skolah kat mrsm pekan tu.. haha..dia ni pelanggan tetap dorm 12. Setiap minit mesti nmpak muka dia.. tp tak bosan sbb dia gile!! Kitorg slalu beli JIGS dkat koop. Hari2 makan benda alah tu dan kecewa bila JIGS abes kat koop. Ape laa. Dia suka hntar mesej TAK PENTING dkat aku dan aku akn reply perkara yg mnyakitkan hati dia.. HaHa.. dia pun same je..


EMIRA (^.*)

Dia cantik kan.. ramai admire nih. Dia sgat caring wlpn lontaran vokalnya kdg2 membuatkan telinga ni pedih mendengar. Hahaha.. Ingat lg waktu jari aku tersepit dekat pintu dorm 8, dia yg bersusah payah crikan minyak gamat untuk aku. Pintu tu memg berpuaka. ^__^ mnyusahkan aku je.. last2 mkn kat ds kena bwk sudu.. Dia rajin sgat, selalu mgemas.. Siap sedia lah ye sape katil tak kemas tu, kena baling dgn bom ah jwbnye!!



ADIBA <0>

She's a good listener. Aku slalu cite ntah pape kat dia tp dia ttap sudi nak dgar.. Dia tak pernah marah org sbb dia sgt2 penyabar. Dia sgat menjaga personaliti dia.. waaahh!! haha.. Kalau dia buat kerja, dia buat teliti. Tak comot2 taw.. Dia sgat baik dan understanding.

HARAP dapt jumpe lagi tahun depan.. (2o12)

Monday, December 12, 2011

WESTLIFE , Irish BandBoy


COOL!!

They look awesome n great!! Westlife antra band yg aku suka sbb dyorg smoe handsome2 wlpn skrg ni Westlife dah xade lg.. ^^ Aku minat Westlife since kecik ag..tp sedih sebab mase skolah rendah dulu kawan2 smoe tak minat westlife but then bile dah skola kat mrsm pekan, baru ade geng iaitu nazmin dan ija.. slalu nyanyi lagu2 westlife.. rashid pun kdg2 layan jgak lagu westlife espclly lagu 'My Love' and lagu yg aku paling suke adlh lagu 'I Miss You'.


Band ni dah wujud since tahun 1998.. Their group's line-up ialah Mark Feehily, Nicky Byrne, Shane Filan, Brian McFadden dan Kian Egan. Awal tahun 2000 Westlife mmg hot.. Aku minat dyorg pun gitu2 je laa. Xdela fanatik sgt ^^ download je la lagu2 baru dyorg kat Utube ke 4shared ke.. Jimat siket.. ^_* First album dyorg 'Westlife' dan lagu2 dlm album tu 'Swear It Again', 'If I Let You Go', 'Season In the Sun' n bla..bla..bla..


But then, mase tahun 2004, Byrne kluar dr Westlife. Dia buat album solo sendiri. Jadiknye, tinggal lah empat org je. Wlpn xde Byrne, Westlife still best, maintain jek.. Actually name Byrne, 'Brian McFadden' tp bile dia mule2 join Westlife dia tukar Brian jdik Byrne sbb sng nak sign autograf. Mksudnye ramai la ek nak autograf dia smpai tuka2 nama.


Mark is the one that I like the most. Dia sgt handsome dan comel. Suara dia pun mestila sedap kan. Sebab tu dia lead vocal dgan Shane Filan. Tp syg, Mark ni gay. Boyfriend dia Kevin McDaid, fotografer untuk British Fashion. Walaupun dia gay tapi dia tetap handsome !!


LOVE WESTLIFE FOREVER (^,^)

Sunday, December 11, 2011

Malam Pertama ^+* 15SX

Heyy!!
Jgan salah fhm dgn tajuk post tu..haha...ni cume crite2 lawak je..dah tak tahu sgt nak post pasal ape ^^ rajin2lah membaca ye..
Kisah Pertama

Rahmat baru je kawen dgn Era..
Mase mlm pertama dyorg, dyorg berehat dlm bilik sbb penat duk kemas dapur, basuh periuk kuali n segala bagai..
Sambil berehat dlm bilik, dyorg makan burger yg dyorg order kat McD..
Mak Rahmat yg sememangnye suke jge tepi kain orang termasuk hal anak2nye sendiri psg tlinga dari pintu bilik sbb nak dgar ape anak die dgn menantu barunye tu berbual..

Era : Bang, dah dipicit2 ni… tp xkeluar2 pon…
Rahmat : Lambat sket la tuh nk kuar.. lubangnye kecik sgt.. sbrlah syg..
Era : Alaa.. lambatnye.. xsbr lah bang.. sye ptong je la hujungnye.. bg bsar sket lubang ni… boley ea bang eh..

Secara tiba2.. mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus jerit..
Mak : Jangan!!!! Jangan gunting anu anak aku!!!!
Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??

Kisah Dua

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.
Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.
"Ai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu. (elleh,sebuk je)
"Orang muda bang Aji, biarlah." jawab mak aku. (fhm2 je mak ni)
"Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. (siot Pak Tam, malu aku seyh)

Meriah sungguh keadaan diluar walaupn jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Hadiah yg masih blum ku koyak rabakkan ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.
"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku hnya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan sunyi sepi. ( line clear nih!! )
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.Jari jemariku lembut membelai rambutnya.
Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan, "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku. "Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.
Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus.
Semerbak harumnya menusuk deria bauku.
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya.
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”
“Tik..tik..tik..tik…”
“Kring.. kring..kring..”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Terang benderang seluruh rumahku.

Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu.
Mataku terarah kat sekotak hadiah yang masih terbalut rapi.
Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng.
Juga sekeping kad berbunyi…
"Selamat Pengantin Baru, jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim. :P"

Dalam hatiku.. 'cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!'
Lessonnye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Kisah Tiga

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org ank pmpuan yg sgt disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu ari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. lepas slmt diijabkabulkan, ke-empat2 ank tu pun plan nak pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum dyorg pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “Nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan mcm mana honeymoon korang. Tak yah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lps tu depa trimalah surat drpd Siti yg bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”..
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya trima plak surat Seri yg bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir”
Bahagialah Si Seri rupanya…

Dua tiga hari pastu, tiba pula surat Murni bertulis 'KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Sedap Hingga Menjilat Jari’…
Bahagialah Si Murni rupanya…

Seminggu berlalu, xdek surat drpd Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… xdek gak.. masuk minggu ke tiga baru ler smpai surat drpd Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “.

Bergegas ler Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca, Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

Kisah Empat

Sepsg pgantin baru sdg bersiap nak menikmati mlm pertme dyorg.
Pgantin pnpuan berkata, “Bang, saye masih anak dara dan tak tau ape2 psal seks. Boleh abang terngkan dulu sblum kite buat?”

“Seks tu s0nang je., kite ni mcm penjara, yg sayang pnye tu selnya dan yg abang pnye ni penjahatnya. kat penjara, penjahat kena dimasukkan ke dlm sel.” terang pngantin lelaki.

So, dyorg pun start bercumbu mengharungi lautan asmara. Bile dah selesai dan si pngantin lelaki tgah berbaring memejamkan mata, si pngantin pmpuan berkata, “Bang, penjahatnya terlepas. ”Pngantin lelaki pun masukkan ‘penjahatnya’. Rupanya si pngantin pmpuan syok sngat dgan hubungan asmara yg baru first time dia rasakan ni. Tiap kali selesai, dia slalu ckap yg pnjhatnye trlpas atau lari dri selnya. Lepas dah byk kli mcm tu, si pngntin lelaki dgn nafas termengah-mengah berkata, “Yang, penjahat yg ni buknnya kena hukuman penjara seumur hidup

Kisah Lima

Ade sepsng pengntin baru berade di kamar pngantin mse mlm pertma dyorg.
Tgah2 mlm tu, tibe2 isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?" Suaminya cpat2 tngkan isterinya, "Jangan nangis sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mertua cume sblah blik tido pngantin, tapi sbb tak thn sakit sgt, isterinya tambah kuat mengerang. Nak tak nak, si suami pun berkata, kali ini kuat sikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dr td si mertua lelaki blum tido ag. Dia memang terdengar
anak perempuannya mengerang td tp dyorg takk peduli, biase ah mlm prtama, fikirnya. Tapi kali ni dyorg dah ilang sabar. Dyorg bangun, pergi bilik sebelah pztu tendang pintu blik pengantin.

Dgn rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pngantin
perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, klinik gigi esok baru bukak.."


Kisah Enam

Adela llaki ni name die Amat. Die baru je menjalani malam pertama dgn isterinya, lpas tu Amat ni crite pasal kemusykilannya kat kwn die, Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yg
slalu kite buat mse masih bujang, boleh berulang pd mlm pengantin."
"Maksud kau? Sebenarnya apa yg berlaku semalam?" si Jamil ingin tahu.
"Mcm ni. Kau kan tau time aku bujang aku suka melanggan perempuan?."
"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat lepas berkahwin?"
"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."
"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"
"Kau tau, masa malam pengantin semalam, lpas slesai melakukan
hubungan, dlm keadaan mamai, aku tak sgaje duit RM100 pada bini aku."
"Wah, gila kau??!" Jamil terperanjat.
"Aku tak sengaja! Dah benda nak jadik, nak buat macamana.." jwb Amat dgn muka mencuka.
"Habis, mcm mane nih? Bini kau marah ke?"
"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dlm keadaan separuh sedar dia jawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"
"Errrkkk!!" Jamil speechless ^^

################################################

GURAUAN semata-mata yerk!!

Friday, December 9, 2011

COUPLE tu salah erkk??

SALAM..

Untuk post kali ni, aku nak kongsi siket pasal COUPLE ^__^ saje nak berkongsi sesuatu yg slame ni kite buat wlpn kite tahu sbnarnye benda tu salah.. tak suruh terasa sebb diri sndiri pun tak kate tak buat :P


COUPLE tu fesyen barat. Dalam Islam kite disuruh brkahwin ataupun brtunang sbb ini adlh slh satu cara bg mengekalkan hukum Islam. Maksudnye apbla kite brtunang, kite dan si dia mempunyai hbngan yg harus tapi tak brmakna kite memiliki si dia sbb dia masih lg belum sah untuk kite. Apble kite brkhwin, maka si dia memey sah keseluruhannya bagi kite. ^^

Ayat Al-Israa menyatakan dalam ayat 32 mcm ni:

“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.”

Mesti korg semua trtanye-tanye, "Couple itu bukan zina klau ktorg cume texting, call dan dating pun jarang atau tak pernah pun. " haa,, sbnarnye bnde2 ni smoe la yg akn myebabkan zina tu berlaku. Zina tak semestinya kne 'ehem ehem' ^^ Ini antra perkara yg boleh menjurumuskan kite dlm zina:

(1) Memandang wanita yang tidak halal baginya
(2) Menyentuh wanita yang bukan mahram baginya
(3) Berkhalwat (berduaan)
(4) Berpacaran (bercouple)


Tak kiralah kite hanya texting dgn si dia dan tak declare pun couple dgn dia tapi sedar atau tidak, kite konfem akan guna bahasa indah berbunga-bunga bile ckap dgn dia. Sbnarnye, ni le yg menimbulkn satu rasa yg seronok dan melekakan. Klau kite ckap call, kite mungkin tak sedar yg kite bercakap dengan lemah lembut especially perempuan lah.

Allah ade berfirman,

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya” Al Ahzab ayat 32 .

Ingat!! Aurat kite cume untuk suami. Cne plak kalau kite g bertexting, berchatting dan bla..bla..bla.. tp xcrite pasl cinte pun? Ianya tetap haram sbb ianye akn menimbulkan satu perasaan aneh . Terimalah hakikat ni.. Niat tak sesekali menghalalkan cara. Apbla dah haram tu, presentlah beribu alasan pun, jwpn yg tepat ialah tetap haram. Ini trend remaja skrg ! Itu yg slalu kite dgar. Memang la trend skrg tp COUPLE bukanlah sunnah nabi.

Ingatlah, kite kena percaya pd Allah. Kite merancang, Allah pun merancang jgak tp rancangan Allah lebih baik sbb dia ialah Rabb kite. Semua yg berlaku ade hikmahnya dan jdikan pngajaran. Jangan la plak bile kite dah menyesal, baru kite fhm knape semua ini ada baik dan buruknya. Sebaliknya beristikharah lah, itu jln penyelesaian dan kemudian twkal. Yang pasti Islam sentiasa melindungi kite bkan memerangi ape saje yg kite lakukan.


Post ni sekadar ingatn dan renungan kite bersama.. Berkawan itu boleh tp ada batas2 pergaulan.. Mcm yg aku kate first2 td, bukan bermaksud bile aq post pasal couple tu salah, ape yg aku buat betul.. Kite smoe manusia biasa, ada kelemahan dan kelebihan masing2 . ^o^

so, RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAH ..

Saturday, December 3, 2011

Miserable DAY !!

Argghhh!!!

SUMPAH aku frust menonggeng hari ni..pagi2 lagi dah kena kacau dgn aireen aisya..sepanjang aku duduk umah, jarang aku nak bangun pagi2 kalau xde pape tp suare budak ni memg potong stim aku beradu ah..

Tak pasal2 aku dah jadi mcm babysitter. kena layan dia satu hari sbab org yang selalu jge dia ade hal plak.. dia memang buat aku bengang.. dia main phone aku laa,buat tu la ni laa..haish +_+'.. aku bagi ar dia main game kat laptop,makin gile plak dia aku tgok.. aq bagi dia main game je,tapi dia mcm tgok rajalawak plak,,gelak terjeri-jerit.. aku pun tak faham.. dia buat laptop tu mcm dia punye lak.. aku nak sentuh pun dia tak bagi..kalau adik aku la, da lame aku gigit..naseb baek anak orang lain..

WHOOOAAAAA!!!

Tapi kan, crius ckap la,,aisya ni pandai.. dia cepat pick-up.. ajar dye cket je dia da faham dah tapi habis ah laptop aku dia godeh.. aku ingatkan dia tak reti, rupenye makin pro lak.. haiyaa -,-..

Dah puas gado dgn dia, aku fed-up.. aq pegi tido,aman siket.. sedar2 tgok sebelah aku aisya join aq tido.. ^o^ kesian plak tgok dia tido, penat agaknye.. yang lawaknye, tgah tido tu dia duk golek2 nseb baek tak jato dari atas katel.. aq sempat tarik suar dia.. law tak, tergolek anak orang..

Dan akhirnya, ibu dia balik kerja.. HAAAA... lega duk!! tp pandai lak dia cakap terima kasih main dgan dia tadi sebelum dia balik.. 'MAIN' dia cakap, aq rase dah berperang dah dgn dia.. ^V^

Ape2 pun, aisya memang nakal!! ^^

Friday, December 2, 2011

Unexpected Bonus ^+^

OIT!!

Haa..kasut tu abang aku bagi..tibe2 je die baik pegi belikan aku kasut tu ^^
aku mintak die belikan aku beg, beg tu comel tp die xnak belikan :(

Actually, kitorg satu family otw balek dari kl mase tu..singgah kejap nak solat Isyak kat R&R Jejantas , Ayer Keroh..lepak kat KFC jap (sadly to say, service kat situ lambat giler)..lepas makan, kitorg pegi la usha2 Al-Ikhsan kat sbelah KFC tu..kitorg nak carik jersi malaysia tp xdek lak..

Jadi, kat situla aku beli kasut tu..padahal kat bp pun ade jugak tp da alang2 nampak tu terus je la $$$ ^0^ tapi warne biru :( .. ape2 pun, thanks a lot la kat abang aku.. "Kau memang best ah time tu (time tu je la).."

HARAP2 lepas ni ade lagi tuk aku eh !! ^_^


Kadang2 aku pelik jugak dgan perangai kebanyakkan 'abang2' ni..kalau baek tu baek sgt tapi kalau da asbestos je lbey, memg HAMPEH ah..haha..tapi best ade abang n kakak yg boleh sponsor kite..

SO,hargailah adik-beradik kita semasa diorg berguna dkt kite ^^
AHAKZZ!!

Wednesday, November 30, 2011

Memories of 2011 Slideshow Slideshow

Memory of 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Memory of 2011 Slideshow Slideshow ★ to Kuantan and Daerah Pekan (near Kuala Rompin). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Hye !!

NI blog baru aku..yg lame tu dah delete sbab NAZMIN, SYUD n WANY suke gelakkan blog tu..kesian aku ;( , so aq buat yg baru..post pertama aku, aku buat slideshow pasal ape yg kite buat spnjg MIGTY WEEK smpai GRADUATION DAY..anggapla mcm sweet15 kite ber-enam.. ^^ tapi yg dlm slideshow tu dye tulis KUALA ROMPIN tu korg jgn slah fhm pulak ..xde kne mgena samaada yg sekolah di mrsm tar atau sekolah luar..aq tulis DAERAH PEKAN tapi jadi KUALA ROMPIN plak.. ^o^ .

SO, PLEASE ENJOY THE SHOW !!