Tuesday, December 20, 2011

My Little Domok (^^,)

Hari ni pagi2 lagi aku dah 'bernyawa' semata-mata kerana seekor kucing. Nasib baik comel, kalau tak xde mknanya nak bangun awal-awal. (^^,)


My name is DOMOK

Gmba ni bukan gamba original Domok tp mcm ni la rupa Domok. Yg bezanya warna Domok wana grey keputihan, kaki dia full putih mcm pkai stokin. (^^,)
and bulu dia kembang. Aku tak amek gmba dia sebab aku takut dia hilang (berdasarkan pengalaman).

Pagi2 lagi aku dah mandikan dia sbab nak bwak dia pergi klinik. Telinga dia kena kurap. Takut merebak satu badan je and nak 'sunat'kan dia sekali. Jangan ingat orang je ada sunat-menyunat nih, kucing pun ade eh. Dalam erti kata lain memandulkan kucing la. Nanti kucing tu boleh jd gemuk.

Sampai2 je klinik tuh, ade kucing Siam ni, dia sakit buah pinggang. Kesian giler. Dekat kemaluan (bahasa sopan) dia, keluar darah. Lepas tu, ada dua ekor kucing dlm sgkar dah nazak dah sebab kena virus. Kucing Parsi tau. Cantik sangat!! tapi dah terbaring dah, tinggal tunggu maut je. Kalau aku yg jd tuan kucing2 tu, aku dah nangis dah. Aku yg tgah pegang Domok dlm sangkar ni tercengang tgok kucing2 tu. Lepas tu, veterinar tu cakap jgn bagi kucing lain dkat dgn kucing bervirus tu, takut berjangkit.

Sampi turn Domok, he was well-behaved. Dia diam je. Tak mcm kucing2 aku sblum ni, mau melompat lari kalau bwk pegi klinik. (*,*) Domok kena dua injections, first2 tu injection untuk hilangkan kurap dia, tak sakit kut sbb dia relax ag. Yg second tu injection untuk vitamin. Dah elok dia landing 'baik punya', kena je inject vitamin tu dia terus bangun nak lari. Aku pujuk dia suruh cool down, dia diam balik. TERROR tak aku?? haha. Kalau nak tahu vitamin's injection pling sakit. Sakit mcm mane tu tak tau lah.. (^^,)

Then, time abah aku ckap nak 'sunat'kan dia, veterinar tu ckap cmni,

"Eh, buah dia kecik lagi lah. Tak boleh sunat ni. Bagi dia besar lagi sikit. Sebulan lagi awak dtg balik sini lah. Baru boleh sunat."

Nak gelak pun ade. Actually, boleh je tp pnjagaan dia rumit sikit. Lgpun dia baru lpas kena inject. Takut antibodi dia tak kuat. Plus, bulu kat bontot dia pnjg2 mnyebabkan dia punye buah tu tenggelam. (tak lucah kan? pasal kucing shj..jgn fikir benda lain.) Memandulkan kucing betina lg mahal dr kucing jantan sbb kucing betina kena operate.

Mase otw balik, dalam kereta dia diam je. Sakit lagi kut. Lepas tu dia tido. Sampai je rumah, terus active balik. Tapi lepas makan, Domok tidur balik dlm rumah dia. Penatnya.

Harap2 takde ape2 effect kat dia sbab kucing2 sblum ni tak tahan injection dan akhirnya masuk tanah blakang rumah. Whhoooaa!!

Ni kucing mak aku. Hitam itu MENAWAN~

2 comments:

nazminemaniandalwaysbe~ said...

hehe , kucing stokin :))

fb'sprop said...

haha..jgn salah faham pulak..